30 December 2010

makna tangisan baby


sejak aysha lahir, saya dapat identify 1 jenis tangisan dier. tangisan nak susu.. bunyi die sangat comel dan tak memeningkan kepala... adik pon bleh identify bunyi tu.. so tiap kali dier wat bunyi manja2 tu maknanya nak susu lah.. and mmg betol pon dier kelaparan.. so mula la misi mengsurf youtube. jumpalah pasal dunstan language. Baby sebenarnya ada 5 jenis tangisan.
  1. bunyi ‘neh’ maknanya kelaparan. Bunyi yang kuar biler lidah baby dari lelangit dilepaskan.
  2. bunyi ‘aww’ maknanya kepenatan. Biler baby penat dier kuarkan bunyi ni mulut dier berbentuk ‘O’.
  3. bunyi ‘ihh’ maknanya baby nak burp atau sendawa. Kalau tak sendawakan nanti terkeluar balik susu die.. sian baby.
  4. Bunyi ‘ehh’ maknanya sakit perut nak kentut. Kalau dengar bunyi nih letak la minyak yuyi dan urut2 perut dier.. insyaallah lega la sakit perut dier tu.
  5. Bunyi ‘heh’ maknanya dier tak selesa. Mungkin lampin da penuh and Mintak tukar. Atau mungkin baby terlalu panas atau terlalu sejuk…
Biler da tau jenis2 tangisan baby. Sangat senang nak melayan aysha and aysha pon tak banyak ragam. Kalau nak pahamkan lagi bleh la tengok video ni ye. Umi sayaang aysha.. muahh..


28 December 2010

How to take care of your wife

In the world, one single rule applies to the men: Make the Woman happy. Do something she likes and you get points. Do something she dislikes and points are subtracted. You don't get any points for doing something she expects. Sorry, that's the way the game is played.
Here is a guide to the point system: 


SIMPLE DUTIES
-- You make the bed (+1)
-- You make the bed, but forget the decorative pillow (0)
-- You throw the bedspread over rumpled sheets (-1)
-- You go out to buy her what she wants (+5)
-- In the rain (+8)
-- But return with Beer (-5)
-- You check out a suspicious noise at night (0)
-- You check out a suspicious noise, and it is nothing (0)
-- You check out a suspicious noise and it is something (+5)
-- You pummel it with iron rod (+10)
-- It's her pet (-10)


SOCIAL ENGAGEMENTS
-- You stay by her side the entire party (0)
-- You stay by her side for a while, then leave to chat with a college buddy (-2)
-- Named Tina (-4)
-- Tina is a dancer (-10)


HER BIRTHDAY
-- You take her out to dinner (0)
-- You take her out to dinner and it's not a sports bar (+1)
-- Okay, it's a sports bar (-2)
-- And it's all-you-can- eat night (-3)
-- It's a sports bar, it's all-you-can- eat night, and your face is painted the colours of your favourite team (-10)

A NIGHT OUT
-- You take her to a movie (+2)
-- You take her to a movie she likes (+4)
-- You take her to a movie you hate (+6)
-- You take her to a movie you like (-2)
-- It's called 'DeathCop' (-3)
-- You lied and said it was a foreign film about orphans (-15)

YOUR PHYSIQUE
-- You develop a noticeable potbelly (-15)
-- You develop a noticeable potbelly and exercise to get rid of it (+10)
-- You develop a noticeable potbelly and resort to baggy jeans and baggy Hawaiian shirts (-30)
-- You say, "It doesn't matter, you have one too." (-8000)

ENJOY THE 'BIG' QUESTION
-- She asks, "Do I look fat?" (-5) [Yes, you LOSE points no matter WHAT]
-- You hesitate in responding (-10)
-- You reply, "Where?" (-35)
-- Any other response (-20)

COMMUNICATION
-- When she wants to talk about a problem , you listen, displaying what looks like a concerned _____expression (0)
-- You listen, for over 30 minutes (+50)
-- You listen for more than 30 minutes without looking at the TV (+500)
-- She realizes this is because you have fallen asleep (-10000)

30 October 2010

ahli baru

26/10/10. appointment dgn doktor seperti biase. tapi biler check, tekanan darah tinggi dan protein dalam urine: 2 ( aku pon tak tau apa maknanya). sebab bp tinggi, doktor terus suh bersalin aritu jugak. terperanjat dibuatnya.. sekali cek rupenye dah bukak 3 cm. kelam kabut dan risau sebab banyak lagi barang tak prepare..cuak takyah cakap lah..en suami pon senyap jer.. tengah memproses apa yang berlaku agaknya... masuk labor room pkul 11am. induce pkul 12 tapi still takde contraction. pkul 1 doktor datang pecahkan ketuban... still takde contraction.. kul 1.30 nurse pasal drip untuk contraction.. baru lah rasa.. biler makin kuat, aku amik keputusan nak amik epidural.. mase amik tu dah bukak 5cm tak silap.pkul 6ptg doktor dtg cek lagi.. dah bukak 8cm..die kate lepas magrib bleh deliver, tapi baby malu nak kuar..pkul 10 barulah sikecik tengok dunia..lepas en suami iqamat kan, doktor tinggalkan kami untuk bonding.. dalam penat2tu masih larat melayan sikecik. abis satu muka aku cium walaupun tak dbersihkan lagi...Aysha Sofea nama diberi, penyeri hidup kami. syukur kehadrat ilahi atas anugerah paling terindah. ummi sayang aysha.

20 October 2010

sayang anak ummi

semalam pegi checkup kat ampang puteri... ada company sony kot dok promote mesin scan baru kat dr. derang loankan sementara utk dr testing2. so kire semlm tu dr excited menscan kitorang... letak2 jer scan kat perut terus nampak baby tengah menguap... wahahhaa.. cumil gilerr.. so ni ada video sket... preview jer... hahaha 

gambar baby menguap... check it out

20 September 2010

selamat hari raya

selamat hari raya.. maaf zahir batin... raya kali nih tak banyak amik gambar... kurang mood and tak berapa nak sihat... cuaca terlampau panas kat kampung... kalau tak pegi beraya.. mesti pegi cari cendol... kesian suami tercinta melayan karenahku...
kami balik kampung malam raya... singgah muar umah MIL bagi kuih raya... lepak sane sampai la tgh mlm sbb suamiku kemengantukan... so gerak dekat kul 1 ke kul 2 gitu lah... so sampai kg senggarang almost kul 3... nak di jadikan cerita... suamiku tidola mati sampai dekat kul 11.. sian die.. penat sangat ye...so kire raya pertama kami dalam mimpi lah.. hahahaa... teruk betul perangai..salam suami pon dalam kereta jer... sadis betul...
aku rasa raya kali ni kami just go with the flow...gambar pon tak banyak...tapi mmg dapat rasa raya ni tersangat la panas.. sebab pregnant kot..sampai demam2.. biler tak tahan jer ajak en suami gi makan cendol kat luar.. kalau tak gi makan cendol, lepak dalam kete bukak ekon.. haha..

09 September 2010

Dato’ Siti Nurhaliza - Cahaya Cinta

Dia telah telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

07 September 2010

salam lebaran

lagi 2 hari kene keje.. lepas tu cuti seminggu.. sangat shiok... tapi seminggu jugak duduk kampung... sabtu depan sepupu tunang.. kene la tolong apa yang patut dengan perut yang boyot nih.. hhehee.. lepas raya ni banyak plan2 yang menarik... kene bekerja keras untuk mase depan.. ahaks.. macam la seblom ni makan tido jek.. anyway.. baru dapat surat kenaikan gaji.. seperti biase, amatla mendukacitakan... 3% je mcm tahun lepas... bosan~ seb baik ada projek baekkk punye.. huhu... ada la back up sket2.. ni tengah tunggu en suami la ni datang amik.. dah pkul 5 tak muncul2 lagi.. kol pon tak dapat. tido gamaknye.. huhu.. sangap la dok opis lame2.. nak balik~ malam ni nak pegi shah alam lagi.. haiyaa. banyak keje...

05 September 2010

buat suami tersayang

Suamiku
Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

maafkanku wahai suami

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta


Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena


Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti


Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu


Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu


Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
Kau pelindung ku


Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

03 September 2010

hari jumaat yang kusam

hari ni hari jumaat. masuk opis kul 9am. ngantuk sesangat.. malas nak bangun pagi.. kalau la bleh tido lagi.. sampai ke tengah ari baru bangun gamaknye. arini takde plan apa2 yang menarik pon.. puasa tahun ni adalah yang tersangat bajet.. buka n sahur di rumah bersama famili.. ada la jugak time weekend makan di luar.. kekadang ada potluck kat uma member.. ok la tu.. esok buka puasa ngan bebudak utp. buka stail potluck jgak la kat uma bei.. senang.. utk yang ada baby.. bleh lepak2 sambil gosiping.. haha.. tak senonoh betul. time puasa pon nak bergosip jgak. malam nyer tak sure sempat ker tak nak lepak ngan alina n wanshaq.. kemudian ari ahad pon ada plan buka pose kat ampang.. tak sure lagi kat ne... semoga segalanya berjalan dengan lancar..
then isnin aku amik coti. nak gi checkup kat ampang puteri, and setelkan apa2 yang patot. sebab after that seblom raya aku standby di opis. especially ari khamis.. aku sorang je yang keje... sedey~ hopefully takde incident yang fening2 masuk. raya tahun ni pon dalam kesederhanaan.. baju raya beli 1 jer.. tu pon bukan baju raya.. baju materniti.. haha... takpelah.. asalkan ada baju baru.. tahun ni cuti seminggu. duduk kg pon seminggu la kot.. cukup ker tak baju nak balik kg nih.. nak kene membasuh la plak kat kg nanti... huhu.. nak kene gak sediakan brg baby dari skang.. in case of emergency.. terberanak plak aku kt kg nanti.. hehehe

27 August 2010

Sejenak Ke Alam RumahTangga

Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang….abang alpa “
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata….
segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”

Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama.

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? “

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.


p/s: ni amik dari website sepupu ku

26 August 2010

150 juta - Fynn Jamal

terjumpa video ni di facebook... ditujukan untuk suamiku tercinta...

bersahur di bulan ramadhan

semalam 1st time kami tinggal berdua aje di rumah.. mama ngn ayah balik kg sbb ada kes mahkamah.. fikah gi tido umah daddy. malamnye dah tido lambat sbb layan suami main game aion.. sampai le pkul 2.. hampeh btul.. pastu terjaga kul 5 tu pon sbb ayah kol kejut.. kalau tak, tak bersahur la kami.. nasib baik takyah masak.. tinggal panas2kan lauk jer yg dlm peti sejuk... sempat ler mkn sampai kenyang.. kemudian sambung tertido.. jage2 da pkul 9!! hahaha... giler selamber... masuk opis dekat kul 10. suami pon ada kelas kul 10.. mesti dier pon lambat jgak... sian... saper suh main game sampai pagi buta.. dah dah... malam ni kene tido kol 11. tak kire..

18 August 2010

hari hari keje

boringnye la.. baru pkul 10 pagi dah sangap... keje ada tapi takde mood nak buat.. malas betul rasa... hari hari keje. kalau hari hari coti kan best.. takde apa pon nak citer nih... just tak sabar nak tunggu weekend ni ada parenthood expo kat midvalley... banyak barang bleh beli kat saner.. hhihi.. dah listkan dah pon barang2 nyer...

13 August 2010

hari jumaat @ ofis

arini ari ke-3 berpuasa and aku baru manage to puase 1 hari.. huhu.. semlm and harini cirit birit yang kronik akibat masuk angin.. ahgaknye lah.. mase 1st day puase pon da cirit birit tapi tahan je.. then semlm mmg takleh tahan sampai muntah2.. sian aku.. mmg lemah sesangat.. duk uma pon terbaring jer takle nak wat pe.. nak mkn pon tak lalu.. so mmg minum air je la tak nak bagi dehydrated. arini lak masih diarhea tapi boleh dikontrol.. still kene minum air banyak... n rasa nak muntah masih ada. huhu.. angin dalam perut banyak betul.. kalau dengar macam bunyi tsunami agaknye.. huhu.. hopefully esok boleh la stat puase balik.. lagipun weekend takde nak buat apa sangat kat umah... beby pon kene la blajar tahan lapar k... nanti malam dapat la mkn.. ehehe.. jgn mengamuk2 lagi lepas nih.. sian kat mama ni....

11 August 2010

1st day puasa

hari pertama puasa pon aku da amik EL halfday... tak larat.. demam, selsema n batuk tak ilang lagi... suamiku pon dah aku kasi jangkit.. sian die... malam tadi takleh tido.. tak selesa betul rasa.. adakah sebab beby makin membesar dan berat... senak perut ni hah... masuk angin agaknye...masuk ofis ni pon takleh nak wat keje... pening, idung sumbat, kepala berat... aisehhh... kalau tau aku amik mc jek arini.. tapi mc aku pon tinggal 1 hari.. camner la bleh jadi camnih... sob2... ok lah.. sakit betul perut ni.. masuk angin dah kot... huhu...

10 August 2010

kesangapan @ ofis

arini masuk keje.. malas betul rasa sebab da cuti dari ari jumaat sampai isnin. jumaat mc sbb tak sihat.. selsema, batuk n demam.. semlm gi check up @ ampang puteri.. datang pkul 10 tapi dpt jupe dr pkul 12. tu pon mase kol 10 tu nurse tu cakap dr baru stat klinik sbb tadinye ada emergency operation... so en suami terpaksa miss kelas kul 12.. dapat la dier berborak2 dan bertanya soalan kat dr tu.. sambil tengok ultrasound baby... hehe... kali ni dapat tengok muka die agak jelas.. pipinye sangat tembam dan dagu nampak sangat tajam... comel sangat anak mama nih... berat dah 1.2kg.. lepas tu dr suh gi amik darah plak sebab demam tak kebah dah 4 hari.. takut denggi atau seumpamanya... so pegi lak ke lab untuk bagi darah kat derang... pastu pegi plak ke pharmacy untuk amik ubat2an yang banyakk... mcm pegi shopping baju beby plak.. harga pon tersangatla mahal... baek aku gi soping jek... cait.. balik dr spital kul 1 lebey.. en suami terus pecut pegi kelas kol 2. aku plak balik uma sambung tido.... terlena dalam kesejukan ekon... patutla tak kebah demamnye.. hhehe
sambung balik.. malam nye pegi kelas mengaji... adalah sedikit terlambat sampai.. kelas dah stat.. seb baik tak ramai yang datang.. kalau ramai alamatnya kene duduk bersila lahh... bila sampai turn aku baca, dengan suare sengau akibat hidung sumbat aku pon membaca tanpa salah silap.. alhamdulillah.. hehe...
balik dari kelas ngaji lak mama ajak gi minum2 kat depan maybank.. skali bukan minum ajer.. siap order chicken chop ngn fish n chips lagii... pastu tepon ayah pon datang dengan fikah.. ingatkan nak tapaukan untuk en suami yang sedang sibuk siapkan assignment kat umah.. skali chek purse... ada syiling2 jer tinggal.. so sedeyyy.. sori sayangg....

08 August 2010

check up @ ampang puteri

esok nak gi check up kat ampang puteri. da amik cuti siap2.. hehe.. excited la plakk... tapi en suami mebi tak dapat ikut.. dier ada kelas... aku ni pon pegi set appt belah petang.. kalau belah pagi bleh gak dier ikut... aisehhh... takper... nanti tanya misi bleh tak tukar appt belah pagi.. kalau bleh, yahuuu.. kalau tak bleh pegi sendiri lagi la nampaknyer... sian suamiku... da lame tak tengok beby.... tengok kat gambo jek.. tu pon tak reti nak tengok.. hiihih... semlm da beli barang beby... arini teringin nak gi beli lagi... tapi suamiku ni tido la plak.. tadi kate nak gi kajang amik nota assignment.. hmmm... nanti nak puase da tak larat nak gi bersoping... huhuh.. yer lah.. nak puase dah lagi 3 hari... selamat berpuase kepada semuaaa!!

07 August 2010

terima kasih suami

hari ni sangat best... suami bawak pegi kedai baby... akhirnya melepas gian nak beli barang baby.. dah sampai kat manjaku kajang tu apelagi... sampai tak tau nak gi mane dulu... berpusing2 2,3 kali baru la stat memilih barang... dah letak dalam bakul, kuarkan balik, letak balik, pikir 2,3  kali pastu kuarkan balik... haha... cam pening kan? last2 dapat beli pampers drypers for newborn, baby wipes, bedak, shampu, sabun, ngan lotion anakku, barut 3, mittens n booties n topi 3 pasang n 3 pasang baju dari anakku, pureen ngn fiffy.. puas hati... hahahaha...
terima kasih suamiku tercenta... muahhh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kissable Cheeks - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger