26 February 2011

Aysha dah 4 bulan

hari ni 26hb aysha dah 4 bln, umi semangat giler bangun pagi sebab nak bawak aysha gi check up kat klinik fauziah. sekali sampai2 klinik kul 8.30 klinik tak bukak lagi.. abi pon ajak gi tpt keje die kejap ada keje sket.. so ikut lah ke sane.aysha seronok la duduk dalam car seat baru die. tak berkelip mate pandang luar tingkap. sementara tunggu abi buat keje, umi pon telepon lah klinik fauziah, baru teringat kene booking ubat injection.. 
umi: helo, saya nak anta anak saya gi checkup 4 bln, so nak check ubat ada stok tak and nak book skali lah..
klinik fauziah: helo, adik, 4 bulan takde checkup.
apadaa~ umi dah nyanyuk agaknye.. takde la plak belek baby book aysha seblum nih.. amek ko.. dah malu sorang2.. haha..
dah 4 bulan rupenye anak umi ngan abi nih.. so far dier anak yang sangat baik.. tak bagi masalah.. minum ok, tido ok, pandai bagitau umi kalau ada apa2 yg tak kena.. aysha jarang nangis.. kalau nak susu dier merengek2 sambil pusing kepala kiri kanan cari susunye.. kalau nak tukar pampers nanti dier angkat2 kakinyer.. tapi kalau lambat layan atau lambat pick up apa dier nak baru dier nangis.. selalunye dier nangis kalau penat n nak tido.. 
kalau dah ngantuk sangat lagi la susah nak tido kan.. kat umah babysitter dah biase masuk buai.. kat umah takde buai.. so umi la jadi buai dier.. dodoi sampai tido.. taknak baring atas katil.. kene dodoi sambil berdiri.. kadang2 kalau tiarapkan dier bleh terus tertido.. kadang2 makin teruk melalaknye..
kalau dier sakit perut banyak angin boleh tergelak tengok aksi dier meneran.. so kene la tolong urut2 betis die.. gerak2kan kaki dier cam kayuh basikal.. memang berkesan.. tapi kalau dier berak, dier berak senyap2.. tau2 jer bau harum semerbak satu umah.. hehehee..
skill baru aysha:-
1. anak umi dah pandai guling sendiri.. tau2 je dah tertiarap.. pastu nangis sebab penat, letih n kepala dah tak larat nak angkat..
2. aysha dah pandai grab benda.. benda yang dier suke grab termasuklah rambut umi.. dier akan genggam kuat2 kalau umi nak baringkan dier.. dah pandai capai mainan die.. tapi most of the time macam malas je nak angkat tangan dier tu.. hehehe..
3. dah kenal uminye.. ada sekali tu makcik dier nak dukung dier taknak.. huhu..
aysha suke bangun pagi.. bila bangun mesti dengan senyuman.. geram betul.. umi sayang aysha..

17 February 2011

Cara Rasulullah mendidik anak

hari ni kerja tak banyak so ada la mase untuk surf internet.. seperti mak2 yang lain saya pon surf perkara2 berkaitan dgn anak/baby. terbaca pulak pasal cara mendidik anak dari kecil dan terjumpa artikel pasal mendidik anak cara Rasulullah. seboleh2 nya nak la ikut cara dier membesarkan anak kan.. 

TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. 
TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab. 
TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 
TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal. 

Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kissable Cheeks - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger