22 April 2011

Anak tido dibilik sendiri

dari lepas lahir sampai sekarang aysha tido ngan umi n abi atas katil.. disebabkan aysha n umi sihat walafiat, space katil pon jadi amat limited.. kesian abi tido tak selesa sebab aysha tido tangan n kaki terbuka luas.. hehe... so terpikir macam mana nak bagi aysha tido dalam bilik sendiri nanti..

BAGAIMANA CARANYA?

Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).

Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.

Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.

credit: http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1929-bila-anak-menyusu-badan-suami-dipinggirkan.html

19 April 2011

Petua Suami Isteri


Sementara menunggu en. suami datang menjemput.. tetibe terasa rajin untuk mengblogwalking dan terjumpalah 1 entri yang menarik... hanya untuk dibaca oleh pasangan berkahwin yer..
tips utk suami isteri:
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 

14 April 2011

Food Processor

semalam petang surfing internet sementara menunggu mamaku aka driver sampai. terjumpa pulak daku pada satu avent product yang kurasa sangat bagus untuk diriku yang pemalas ini...

Product: Avent Steamer & Blender
Pic from Google

ku sudah jatuh hati sama ini blender... sape yang sudi sponsor??


11 April 2011

Aysha's first solid food

weekend aritu bagi aysha makan solid food. dah belikan nestle cerelac beras 1st stage. so mase nak bancuhkan tu bace la ingredient dier.. alamak.. ada pulak dier letak susu lembu siap2 dalam tu.. nak buat camner. dah beli.. abiskan jer la... pasnih kene carik multipurpose blender.. buatkan puree untuk aysha... rajinke aku nih.. huhu..
sejak dah pandai makan nih.. ape yang kitorang makan dier pon nak... kalau dier bleh grab.. dier akan terus grab mknan kita dan masuk mulut die... huhu.. ape nak jadi anak umi nih...

07 April 2011

Aysha's checkup @ 5 1/2 months

tadi bawak shasha pegi check up.. ni ler updatenye:

berat: 8.9kg (kusssss semangat)
tinggi: 69cm

lepas ukur kene inject... senyap je anak umi.. biler kene inject dier pon mengeraskan punggungnye... hehe.. sambil tu mate tak berkelip tengok lampu suluh yang nurse bawak... lepas gi checkup umi pon anta shasha pegi uma bs walaupun umi mc arini.. sebab diarrhea.. asek gi toilet jek.. sian umi kan... huhu.. aysha jadi budak baik eh kat uma mak dila... muah muahh sayang aysha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kissable Cheeks - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger