Showing posts with label Islamic religion. Show all posts
Showing posts with label Islamic religion. Show all posts

04 October 2012

Kesan Air Tangan Orang yang Tak Solat

السلام عليكم Peace be with you بسم الله الرحمن الرحيمِ In the name of God, compassionate, merciful

Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat | Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.

Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

 Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

09 August 2012

Allah menjawab persoalan hamba2 nya

السلام عليكم
Peace be with you
بسم الله الرحمن الرحيمِ
In the name of God, compassionate, merciful


Roh Di bulan Ramadhan

السلام عليكم
Peace be with you
بسم الله الرحمن الرحيمِ
In the name of God, compassionate, merciful

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan
mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal
kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.


22 May 2012

Istiqamah

another good info to share with you all.. also found from facebook..

p/s let me know if you need help translating this to english!

Beating Procrastination

Something i found from the internet that is a good reference to me and hopefully can be a good reference for you as well. sharing is caring.. enjoy

taken from: facebook

12 April 2012

tanda2 hari kiamat

antara tanda2 hari kiamat. sebagai peringatan buat diriku dan keluarga serta sahabat handai:


- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

03 April 2012

antara couple, anjing dan babi.. yang mana lebih mulia?

Nasihat yg cukup bernilai dan sgt berguna buat kita semua sama ada single, sudah berkahwin dan sebaginya..

Antara manusia dan babi, manusia diangkat darjat diatas kemuliaan nya sbg makhluk sempurna di dunia dan di kurniakan akal utk berfikir.
Tp seberat2 haiwan yg bernajis Mughallazah (berat) seperti babi dan anjing, mereka jauh lebih MULIA berbanding manusia dan mereka tidak pernah melakukan dosa. Malah mereka menerima diri mereka seadanya yg telah ciptakan Allah sbg makhluk yg bernajis mughallazah.

Bersentuhan dgn haiwan ini tidak akan sesekali menjatuhkan hukum haram ataupon  berdosa dan tidak perlu kita bertaubat walaupon dgn sengaja kita melakukannya, sebaliknya bersentuhan antara bukan mahram adalah BERDOSA BESAR dan WAJIB KITA BERTAUBAT. Apatah lagi kepada individu yg telah terlanjur melakukan zina atau hubungan intim. Marilah kita menginsafi diri dan memohon doa kehadrat Ilahi sekiranya kita pernah lalai dan melakukan perbuatan tersebut dizaman silam mahupon pada ketika ini walaupun ianya sekadar bersentuhan kulit yg di sengajakan..

“Ya Allah…Ampunila dosa2 ku, dan ku memohon kepada-Mu wahai Tuhan Maha Pengampun segala dosa….semoga diriku ini di hindari drp melakukan kesilapan sebegini bermula dari saat ini dan selama-lamanya selagi mana nyawaku di kandung badan. Ya Allah, lindungilah dan peliharalah diri ku ini drp melakukan maksiat (dosa) secara sedar mahupon tidak kerana sesungguhnya aku hambamu tidak berdaya melainkan hanya dgn izin mu Ya Allah, aku berupaya menjaga diri ku Insyaallah. Dan aku memohon dgn permohonan yg sama utk SEMUA ahli keluarga ku, sahabat2ku, saudara mara2 ku dan juga kepada semua hamba2 Mu yg beriman kepada-MU. Wahai Tuhan Pencipta segala makhluk, sesungguhnya hanya Engkau la Tuhan Yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG. Amin ya robbal alamin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC7_NTlMCqPpTnJqqfY-_Z2VoV82nqQ1FJ9aUbeTSKUAboQINf99GeUi4MhszHfPLh6YxmqMAK1QgXcshPOt3DihBYWjdoHGwXir1WGNBPVrtCnHT4EaKhT0pDXJuftj5TDTdP9pyzdkgU/s1600/Hauqalah.jpg
La hau la wa la quwwata illa billahil a’liyil a’zim
(tiada daya dan kekuatan melainkan dgn izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung)



ANTARA COUPLE, LEMBU, ANJING & B.A.B.I

Lembu : Hai anjing, apa kabar? Macam ada yang tak kena jer?

Anjing : Aku tengah tension ni. Mau ja aku gigit manusia tadi.

Lembu : Eh, kenapa ?

Anjing : Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki & perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki Terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing!!! Pergi jauh-jauh!!! Najis!!!”

Lembu : Iya lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

Anjing : Kalau aku najis sekali pun, kalau dya tersentuh aku, boleh disucikan kan?.. Yang dia sentuh & raba -raba awek dya tu apa? Boleh ker nak disucikan?

Lembu : Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahram tanpa ikatan sah lebih dasyat kenajisannya daripada memegang kau anjing,,, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

Anjing : Wah…Ayat ko memang power la. Cayalah Lembu !!! ::.kikiki.::

ANJING dan B.A.B.I adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kekuatan manusia adalah pada iman dan akal fikiran. Menilai sesuatu perkara baik dan buruk, kemudian baru tindakan di buat. Ini adalah perbezaan di antara pegang ANJING dan B.A.B.I berbanding pegang BUKAN MAHRAM...

Sekiranya kita saja PEGANG ANJING atau B.A.B.I :

1) TAK BERDOSA

2) KENA SUCIKAN

3) BERDOSA JIKA KITA MAKAN DAGING

Sekiranya kita pegang BUKAN MAHRAM :

1) BERDOSA

2) AURAT TIDAK DIJAGA, TENGOK HARAM

3) BERDUA-DUAAN BERPEGANG TANGAN BOLEH TIMBUL FITNAH DAN HARAM

4) MENGHAMPIRI ZINA YANG BOLEH TERJEBAK DENGAN ZINA YANG KEJI

5) KENA MINTAK AMPUN KEPADA ALLAH DENGAN BERTAUBAT

“Bergerombolan dengan b.a.b.i (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan(secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” Riwayat Ibnu Majah

Berdasarkan hadith di atas, jelas sekali Islam melarang keras lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk bersentuhan, sehingga dikatakan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan kita, orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa-rupanya ada lagi yang lebih hina daripada tu. Orang yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir!

Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) antara lelaki dan perempuan bukan mahram tanpa adanya ikatan pernikahan yang sah adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing/ khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!

Hati yang ikhlas

Nak tahu kita ni ikhlas atau tak….diperumpamakan seperti di situasi ni. Ni Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki yg ajar dlm kelas beliau….
Pada suatu hari, seorg sahabat sayyiduna  muhammad saw dtg bertanya kepada baginda ttg makna IKHLAS. Baginda tidak tahu jawapannya lalu baginda bertanya dgn guru nya iaitu sayyiduna Jibril Alaihissalam.
Malaikat jibril as mengatakan “saya tidak tahu apa jawapan nya”. Saya akan bertanya kepada Allah ttg maknaya IKHLAS.
Lalu Malaikat Jibril as menghadap Tuhan dan bertanyakan dgn soalan ttg Ikhlas. Maka Allah berfirman  lebih kurang mcm ini…
“Ikhlas itu seumpana melihat SEMUT HITAM yg duduk di atas batu besar di malam hari yg gelap dan kelam (tiada langsung cahaya sekalipon cahaya lampu)”
Sama2 kita bayangkan mcm mana kita hendak melihat semut hitam yg sgt kecik, dah la hitam, kecik plak tu…duduk plak di atas batu besar (mcm mana nak carik?), takde lampu. Sudah tentukan kita tidak akan dpt melihatnya dgn mata kasar kita kan??
Disini dpt kita dpt mengetahui bahawa IKHLAS itu kita tidak akan mampu nilai pada diri seseorg mahupon diri kita sendiri sama ada apa yg kita buat itu ikhlas atau pon tidak…Allah sahaja yg Maha Mengetahui….IKHLAS adalah PEKERJAAN HATI….kita tak boleh ungkap kan nyer dgn lidah….dan pekerjaan hati ini adalah sesuatu PEKERJAAN YG TERSEMBUNYI….
kadang2 hamba itu di uji di atas keikhlasan amalan2nya…mcm mana?? time ni..syaitan2 akan dtg dan membisikkan pada hati mereka utk mereka terdetik dgn perasaan UJUB/RIAK terhadap amalan2 baik yg mereka buat..UJUB dan RIAK juga adalah PEKERJAAN HATI...
Ustaz Don Daniyal pernah mengingatkan kita dlm rancangan MUHASABAH DIRI…
“tidak akan CIUM BAU SYURGA bg hamba2 yg mempunyai perasaan UJUB dlm hati” à berat tu….nak cium bau syurga pon tak dpt….jom kita muhasabah diri…

Ucapan Salam di dlm SMS/email

Sekadar ingin berkongsi apa yg saya belajar drp ustaz azhar idrus (ulamak Feqah)  dlm ceramahnya.

Kalau kita nak sms/email org, nak ucap salam, kita kene tulis FULL Assalamualaikum atau dgn lebih panjang lagi Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.. Baru sah salam tu.

Kalau kita nak yg ringkas, paling ringkas kita tulis SALAM. Sah salam nyer. Tp kalau tulis Akum, As'kum, Kum, Assalam,  - tak menjadi salam tersebut.

Tp kalau bertemu muka, kita mesti ucap full Assalamualaikum, mengikut cara baginda Rasullullah saw. Cuma di dlm tulisan sahaja kita di benarkan utk menulis SALAM bg menggantikan perkataan Assalamualaikum mengikut pada fatwa mutaakhirin.

Kat bawah ni ada utube ceramah ustaz Azhar Idrus…jom kita dengar sama2…..

28 March 2012

Amalan sunnah semasa berwuduk

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu de...ngan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

05 March 2012

Perlukah Al-Quran dibaca dgn kefahaman?

I received the below email and feel the need to share with everyone. this email was sent by my cousin however i do not sure who to give the credit to. please let me know if this belongs to you.
Ni pesanan seorg cikgu yg ajar arab….

Apa cikgu ni ckp mmg TEPAT, kita selalu fail dlm memahamkan ayat quran walaupon hanya dgn kalimah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Selalu kita baca jek (da jadi mcm skrip harian) tp tak penah pon hayati maksud tersirat. Samalah mcm bacaan Al-Fatihah, 3 Kul, Yassin dan juga Al-quran.

Salam,

Dlm kelas tadi ada timbul satu persoalan yg agak sensasi, iaitu “Adakah perlu al-quran itu dibaca dgn kefahaman?”

Jawapannya: Tak payah sebab…

Biasanya bila persoalan ini timbul, hadis ini akan disebut (berikut terjemahannya dlm English):

Sayyidna Abdullah ibn Ma'sood, Radi-Allahu anhu narrates that Rasulullah said, 'That person who recites one letter from the Kitabullah, he will get one reward, and one is multiplied by ten.' He further went on to say, 'I do not say that Alif, Laam, Meem is one letter, but instead alif is one letter, laam is one letter and meem is one letter.' (Tirmidhi)

Persoalannya:

(1) Adakah ini dalil yg menyatakan bhw walaupun kita tak paham, kita akan dpt pahala bila membaca quran? atau..

(2) Adakah ini dalil yang menganjurkan kita membaca al-quran tanpa kefahaman?

Tapi Tajwid lagi penting !

Biasanya dlm masyarakat kita ditekankan utk mahir tajwid. Sbb kita akan jumpa byk hadis yg menekan pentingnya membaca alquran.

Dan bila baca alquran tajwid kena betul, kalau tdk, boleh ubah maksud. Tak nafi, mmg ini penting.

Tapi apa sbb yg kita tak jumpa byk hadis yg menekankan pentingnya belajar bahasa Arab?

Adakah mungkin sebab Nabi dan para sahabat yg mula2 terima alquran, sudah pun faham bahasa Arab?

Sila lihat ayat ini:




Mengikut ayat diatas, alquran diturunkan pd orang Arab, dlm bahasanya sendiri, supaya mrk faham.

So, adakah patut org Melayu baca alquran, dlm bahasa Arab, supaya mrk tak faham?

Tak paham bahasa?

So.. kalau kita “tak paham bahasa”, apa yg perlu kita buat ek?

Analogi: Katakanlah kita ditransfer ke Sudan, dan katakanlah (nak buat cerita) kita dpt surat dari HR dlm bahasa Arab. Apakah yang akan kita buat?

(1) Adakah kita akan baca surat tu tiga kali (bilangan ganjil, utk dpt berkat), dan kita frame-kan dgn frame kaler emas, dan gantung di dinding (sebelah ayat seribu dinar)?

(2) Adakah kita akan tanya kawan kita yg Arab (sambil cuba menyelit seberapa byk perkataan Arab yg kita tahu) “Yaa Akhiy, anta can tell me what haadzaa letter from HR mean?”

(3) Adakah kita akan enroll dlm kelas Arab dan selepas dua tahun, terjemah surat tu sendiri?

Dlm analogi ini mungkin ramai yang pilih option (2) ( dan hanya beberapa yg pilh (1) dan (3) :P ). Tapi kalau surat macam ni ialah surat yg biasa kita dapat dlm day-to-day work, mungkin kita akan consider utk enroll dlm kelas juga sbg long term solution.

Dan mungkin kita boleh buat ala-ala camtu utk alquran. Maksudnya, (short term solution) sementara kita tak faham bahasa Arab, kita baca alquran dan rujuk terjemahan dan tafsir, and at the same time boleh attend kelas bahasa Arab (long term solution).

Lesson Learnt dari org Yahudi

Dlm alfatihah yg kita baca dlm solat, kita mintak kat Allah “tunjukkan kami jalan yg lurus, ..

(1)jalan org2 yg telah engkau beri nikmat,

(2)bukan (jalan) org2 yg kau murkai (yakni org Yahudi),

(3)dan bukan (jalan) org2 yg sesat (yakni org Nasrani)”.

Dan alquran ini penoh dgn cerita tentang (1) utk kita buat pedoman, dan ada juga menceritakan tentang (2) dan (3 utk menjadi iktibar.

Antara “Lesson Learnt” dari kesilapan org Yahudi yg perlu diambil iktibar:


“Lesson Learnt” dari ayat diatas ialah, pengikut Nb Musa (Yahudi) diumpamakan spt keldai yg byk yg membawa buku2 ilmiah tapi tdk dpt memahaminya (sbb biasanya keldai tak gheti baca).

So utk elak kesilapan pengikut Nb Musa, mungkin pengikut Nb Muhammad perlu buat sesuatu.

Penutup

(1) Tujuan Faizal tulis email ni bukanlah utk menyuruh/memaksa/menakotkan org supaya attend kelas Arab yg Faizal conduct, tapi utk menekankan kepentingan memahami maksud alquran.

(2) As the first step, bila kita baca Yaasiin (contohnya) dirumah, kita boleh ambil terjemahan (contohnya Pimpinan Arrahman), dan baca ayat pertama, tengok terjemahan, baca ayat kedua tengok terjemahan, baca ayat ketiga tengok terjemahan…dan seterusnya. Dan kalau penat, berhenti. Slow and steady. Tak habis pon takpe. Next time kita baca, boleh continue dari tempat berhenti.

(3) Pd yg semangat tinggi, boleh lah enroll kelas Arab (tak semestinya kelas Faizal).. di Petronas ada kelas Harfiyyah kalau nak attend, dan diluar boleh cari kelas dimasjid dsbnya. Dan in fact, mungkin boleh cari kelas online.

(4) Just nak share: Dulu Faizal biasa attend kelas bahasa Arab disurau waktu lunch hour. Antara masalah yg timbul ialah, dia selalu clash dgn kelas tajwid. Bila perlu pilih antara Kelas Tajwid dan Kelas Arab, Faizal

sentiasa pilih Kelas Arab, yg pada Faizal priority-nya lebih tinggi. (Tapi tak semestinya ikot cara Faizal nih, tajwid ni dah bertahun Faizal belajar, so at an “acceptable level”, dan Faizal tade niat nak jadi mcm al-ghamidi ke ape ke. Dan relatively kelas tajwid, buku tajwid dan DVD tajwid easy to come by.) Dan again, bukan nak suroh dtg kelas Faizal. Maksudnye kalau kelas tajwid clash dgn kelas harfiyyah, attend lah kelas harfiyyah (kalau asas tajwid dh anda dh okay).

Utk Faizal kebolehan utk memahami alquran bila kita sendiri yg baca, atau bila kita dgr imam baca, atau bile dgr di radio IKIM dsbnya.. adalah nikmat lebih hebat dari kebolehan utk menamakan semua hukum tajwid yg ada dlm alquran (Note: It is possible to read alquran correctly, even if kita tak tahu nak namakan tajwidnya, just kena pandai interpret resam Uthmani...)

Itu je. Kalau ada terkasar bahasa, atau ada yg terasa, Faizal mintak maaf. Kalau ade tersilap spelling, bukan salah Faizal, nampaknye Outlook teramat pandai utk mengubah spelling Faizal kpd spelling yg lain.

20 February 2012

Fadhilat ayat kursi


Maksudnya:
  • Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
  • Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
  • Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
  • Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
  • Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
  • Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
  • Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.
 
Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....
 

* untuk peringatan dan amalan diri sendiri.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kissable Cheeks - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger