22 April 2011

Anak tido dibilik sendiri

dari lepas lahir sampai sekarang aysha tido ngan umi n abi atas katil.. disebabkan aysha n umi sihat walafiat, space katil pon jadi amat limited.. kesian abi tido tak selesa sebab aysha tido tangan n kaki terbuka luas.. hehe... so terpikir macam mana nak bagi aysha tido dalam bilik sendiri nanti..

BAGAIMANA CARANYA?

Bila anak kecil itu berumur 8 bulan, pada jam 9.00 malam atau lebih sedikit, berikan anak itu menyusu badan hingga dia kenyang. (Laparkan dia pada waktu senja tu). Kemudian tidurkan anak itu di bilik lain yang berpisah dari bilik tidur anda tetapi biarlah boleh anda dengari tangisannya. Apabila dia menangis kali pertama, tunggu 5 minit barulah anda menghampirinya dengan hanya menepuk badannya sahaja. (jangan angkat atau dukungnya).

Bila senyap, tinggalkan. Bila dengar dia menangis kali kedua, tunggu 10 minit pula, baru anda menjeguknya. Kali ini jangan tepuk, hanya tunjukkan muka yang anda sedang melihatnya. Bila dia senyap, maka tinggalkan. Bila dia menangis kali ketiga, tunggu 15 minit, baru menjenguknya. Biasanya selepas ini dia akan terus lena hingga ke pagi.

Teruskan taktik ini untuk malam yang berikutnya. Biasanya selepas malam ketiga, anak ini telah faham akan peraturan yang telah kita jalankan kepadanya. Dengan mudah dia sendiri akan masuk ke bilik tidurnya (bila dah boleh berjalan) apabila masuk waktu 9.00 malam. Anak itu lebih berdikari. Umminya akan lebih berseri. Ayahnya pasti tak cari lagi.

credit: http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1929-bila-anak-menyusu-badan-suami-dipinggirkan.html

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Kissable Cheeks - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger